Monarchs of Negri Sembilan |
Di zaman pemerintahan Yam Tuan Radin, dan telah mangkat pada tahun
186. Kekecuhan perebutan kuasa telah berlaku selepas kemangkatan
baginda. Pembesar- pembesar Istana Sri Menati telah bersetuju melantik
Yam Tuan Radin Menjadi Yam Tuan Sri Menanti.
Yam Tuan
Imam telah mangkat pada tahun 1869. Pertelingkahan perebutan kuasa tidak
dapat dielakkan dan kelihatan pada masa itu Persekutuan Negeri-Negeri
membentuk Negeri Sembilan seolah-olah dibubarkan dan berpecah belah.
Di
Sri Menanti; pembesar-pembesar Istana tidak bersetuju melantik Tengku
Ahmad Tunggal iaitu Putera Yam Tuan Imam sebagai pengganti baginda.
Kerana kelakuan Tengku Ahmad Tunggal dikatakan tidak menyenangkan.
Tengku Ahmad Tunggal telah melarikan diri ke Sungai Ujong menemui Dato'
Kelana Syed Abd Rahman dan berlakulah krisis perebutan tahta Negeri
Sembilan.
Bagaimanapun ketika krisis sedang memuncak,
pembesar-pembesar Istana telah melantik Tengku Ampuan Intan Puteri
Tengku Alang Hussain iaitu cucu Yam Tuan Itam memangku Tahta Yam Tuan
Sri Menanti selama 3 tahun. Bermula pada tahun masihi 1869 sehingga
tahun masihi 1872.
Dalam sepanjang pemerintahan baginda,
baginda telah menempatkan saudara perempuannya Tengku Cindai (Sajar)
bersama dengan rombongannya dalam 7 buah kereta lembu menuju ke sebelah
timur untuk membuka perkampungan yang baru.
Baginda
Tengku Ampuan Intan telah menganugerahkan tanah seluas 40 jangka untuk
ditebang tebas menjadikan perkampungan. Baginda juga telah berkenan
melantik seorang Ketua Adat iaitu sebagai Dato' Lembaga yang bergelar
Dato' Raja Panglima dan sebagai Apit Lepang Orang Enam Istana Besar Sri
Menanti serta dibantu oleh seorang Orang Besar Waris yang bergelar
Dato' Satey Maharaja dan seorang Buapak bergelar Dato' Sati Maharaja.
Baginda juga telah menamakan kumpulan tersebut dengan Suku Batu Hampar
Empat Puluh Kampung Pelangai, Kuala pilah.
BACA JUGA ARTIKEL SEJARAH MINANGKABAU BERIKUT:
Sejarah Silek Minangkabau
Sejarah Urang Kubu
Sejarah Gempa di Padang Panjang 7,6 SR
BACA JUGA ARTIKEL SEJARAH MINANGKABAU BERIKUT:
Sejarah Silek Minangkabau
Sejarah Urang Kubu
Sejarah Gempa di Padang Panjang 7,6 SR
No comments:
Post a Comment